Powered By Blogger

Wednesday 30 November 2011

1 December 2011

Mood yang tengah serabut,tapi cuba yang terbaik..ari nie gempak giler bila aq dan keluarga lepak sekali makan durian,makan punya makan..tibe2 adik aq no 11 tak dapat nak bernafas,rupa-rupanya..susah nak nafas,punyalah risau mak ngan ayah aq,akhirnya..ayah terpaksa tegas supaya adik Fikri jangan makan durian lagi,Now kat umah just aq je yang ade,bertemankan adik-Adik yang nakal.Punyalah susah nak jaga adik lelaki,mana tidaknya...bawah aq 7 orang lelaki..semua hero-hero belaka..pening lalat aq di buatnya.susah juga nak kawal budak-budak nie,setiap seorang ada sahaja kerenahnya,sampai aq terpaksa diam je..dah malas nak layan,bak kata ayah"Nanti dah penat,diam lah diaorang"..so pandai ekaulah nak jaga diri,den dah pening layan kerenah ekau semua"

By : ~ Puteri Kasih Hawa ~

Monday 28 November 2011

Ku sedar diri ini siapa :-).

Betul.....ku sedar diri ini siapa,yang cuma hamba Allah untuk melaksanakan perintahnya..namun kadang-kadang diri ini leka tanpa ku sedar bahawa ALLAH itu Maha Berkuasa..setiap dugaan dan cabaran..harus ku terima,ku yakin..pasti ade hikmah disebaliknya.Ya ALLAH,ku harap diri ini akan terus kuat untuk menghadapi ujian mu.Ku rasa untuk beralah,namun bila ku lari..ia tetap menghampiri jadi dengan rela ku terima kerana itu tandanya ALLAH masih ingati pada Ku..Moga-Moga segala akan tetap terus utuh...buat insan tersayang,kedua ibu bapaku,terima kasih kerana telah membesarkan anak mu sehingga sekarang.Dengan Penat lelah serta kudrat empat keratmu..engkau terus kuat untuk mencari rezeki..ku doa,moga ALLAH akan memberkati usia kamu berdua...dan penat lelah mu akan dibalas satu kelak nanti...Amin..

By : ~ Puteri Kasih Hawa ~

Thursday 3 November 2011

Kehadiranya Amat Berharga (n_n)

Assalamualaikum Semua..rasanya dah lama hawa tak mencurahkan idea disini,sebab sibuk dengan minggu peperiksaan..bila kita utarakan pasal peperiksaan semua...fikir nak lulus,cukup-cukup makan..yang penting lulus..itu kauorang..tapi hawa,lain pulak..pernah satu malam hawa asyik-asyik ulangkaji,tiba-tiba..hati terdetik cakap "Andaikan elok kalau buku nie jugak kita buka macam al-quran" Nak tahu sebab ape???,Bila kita memerlukan jawapan..kita rujuk buku..jadi,macam tu juga dengan al-quran,Bila kita ada masalah dari segi Hukum atau pun sewaktu dengannya..tidak perlu kita bergaduh..kerana semasa Nabi Muhammad wafat..Telah berpesan "Kuwariskan kepada kalian dua perkara iaitu [Al-quran & Sunnah],barang siapa mencintai Sunnahku,bererti mencintaiku dan kelak orang-orang yang mencintaiku,akan masuk syurga bersama dengan ku.Namun,sekarang..semua sudah berubah,,kurang orang yang ingin jadikan ia sebagai petunjuk..lebih suka bertanya pada orang yang ilmu sama taraf dengan kita..walau pun kita tahu..teman-teman kita yang lain sedang berusaha mencari ilmu dan ada diantara mereka sudah cukup fasih,belum tentu ilmu itu cukup kuat..Tidak salah untuk kita bertanya pada teman-teman kita..namun hawa pasti..alih-alih kita akan ditanggalkan dengan 1001 soalan..akhirnya kita tak yakin..jadi cara terbaik...kita rujuk Al-quran..segala-segala sudah ada dalam tu,cerita pasal al-quran..hawa nak kongsi satu cerita masa hawa tinggal di Maahad dulu,ade seorang ukhti nie..tak silap nama dia "Sofia Bawazir",dia rajin sangat membaca al-quran..memang tak sangkal dia berjaya dalam hafazan "Peringkat Negeri",hawa cuba tanya dengan dia..

Hawa : Assalamualaikum,akak...adeq nak tanya boleh tak?

Kak Sofia :waalaikummussalam..boleh,silakan..

Hawa : Masa bila akak habiskan masa menghafal??,sedangkan..jadual kuliah kita sentiasa padat.

Kak sofia : Owh..akak mencuri masa,maksud mencuri masa tu..semasa lepas solat..akak ambil beberapa minit untuk membaca al-quran,tak rugi kita membaca..cukup dengan al-fatihah jugak kita sudah dapat pahala..namun bukan itu jugak yang akak cari..akan tetapi..akak mencari berkat..moga-moga segala masalah akak ada penyelesaan...

Hawa : Barulah ku sedar..bahawa kadang-kadang..tak semua masalah kita boleh selesai tanpa dengan petunjuk..kerana ALLAH yang memberi ujian dan ALLAH juga tahu bagaimana untuk hambanya selesaikan kerana telah dititipkan dua perkara " AL-QURAN & SUNNAH"

Pesanan : Yang baik itu hadirnya dari ALLAH,yang kurang dari diri hawa sendiri hamba yang masih mencari sinar.




By : Puteri Kasih Hawa